Thursday, April 2, 2009

SAYA PUN MELAYU....


Pakdokter sudah lama tidak membaca buku yang di tulis di dalam bahasa Melayu. Bukan apa, sebenarnya, tidak ada pun buku Melayu yang menarik perhatian pakdokter setiap kali pakdokter singgah ke kedai buku. Takkan lah ketika usia sudah hampir enam puluhan ini pakdokter masih hendak membaca buku Melayu tentang kisah cinta monyet para remaja! Lagi pun buku-buku Melayu tentang kisah hantu dan toyol juga tidak menarik minat pakdokter kerana pakdokter sebenarnya tidak percaya tentang ada nya hantu atau toyol itu. Lain lah kalau tentang hantu dan toyol yang sememang nya selalu 'ganas' di lapangan-lapangan golf!

Apa yang pakdokter hendak katakan di sini ialah hakikat bahawa kita sebenar nya ketandusan buku-buku bahasa Melayu yang bermutu....


Buku 'SAYA PUN MELAYU...' tulisan pakZaid Ibrahim ini satu-satu nya buku bahasa Melayu yang terbaharu. Pakdokter membeli dan terus membaca buku itu dalam masa kira-kira empat jam sahaja. Begitu lah menarik nya buku ini.....menarik bukan sahaja kerana pakZaid Ibrahim ini sememang nya kawan akrab pakdokter semasa dari zaman sekolah lagi, tetapi persahabatan kami terus mantap hingga ke hari ini.

Pakdokter dan pakZaid Ibrahim semasa di sekolah dahulu memang nya giat dalam aktiviti perbahasan. Malah kami berdua mewakili STAR ( Sekolah Tuanku Abdul Rahman ,Ipoh) dalam pasukan debat bahasa Inggeris antara sekolah-sekolah di Perak pada tahun 1970 dan menjadi johan pada tahun itu. Bayangkan lah, budak-budak 'sekolah' Melayu yang asal nya lansung tidak petah berbahasa Inggeris lima tahun sebelum nya tiba-tiba berjaya mengalahkan pasukan debat sekolah-sekolah St. Micheal's Institution dan Anglo Chinese School di Ipoh. Kemudian di dalam debat terakhir kami berjaya pula mengalahkan sekolah King Edward v11 dari Taiping di dewan Kolej Melayu Kuala Kangsar!

Pakdokter masih ingat lagi dua dari tiga orang pengadil pada debat terakhir itu. Yang pertama Datuk Sri Dr M Mahadevan, doktor pakar perunding jiwa dan pengarah di Hospital Bahagia Tanjong Rambutan ketika itu dan yang kedua Datuk Sri Jeyaratnam, seorang peguam yang ulung di Ipoh yang kini juga menjadi Pengerusi Kelab Lumba Kuda Ipoh dan juga giat dalam aktiviti amal menyediakan kemudahan untuk orang-orang kurang upaya (OKU) di Perak. Entah kenapa pakdokter tidak dapat ingat siapa pengadil yang ketiga itu. Tapi yang pasti pakdokter tidak dapat melupakan, pakdokter di pilih sebagai pendebat terbaik hari itu. Sebenar nya pakdokter tidak menyangka yang pakdokter begitu hebat.......

Berbalik kapada buku pakZaid Ibrahim ini, yang menarik nya ia lah kerana buku ini membincangkan perkara-perkara yang 'relevant' pada hari ini.(apa agak nya perkataan Melayu yang tepat untuk perkataan Inggeris 'relevant' ini ya...?....pakdokter sebenar nya tidak suka bahasa Melayu di 'cemar' dengan perkataan-perkataan Inggeris....baru lah kita bolih kata kita ini Melayu jati...)

PakZaid Ibrahim menjelaskan dalam bab pertama buku itu kenapa dia meletakkan jawatan sebagai menteri baru-baru ini. Bukan kerana hendak suka-suka jadi 'hero', bukan kerana derhaka, bukan kerana tidak berhutang budi...tetapi kerana prinsip. Prinsip tentang keadilan yang tebal dalam jiwa dan sanubari pakZaid.

PakZaid juga menulis tentang ' Ketuanan Melayu' - asal usul 'slogan' ini dan bagaimana politikus-politikus yang menjerit-pekik 'slogan' ini tidak sedar bahawa kadang-kala taarif mereka tentang perkara ini mungkin bercanggah dengan Perlembagaan Negara dan membahayakan keharmonian suku kaum negara kita. Yang juga amat menarik pakZaid berani membincangkan dan menghuraikan pendapat nya mengenai kekusutan perlembagaan akibat drama politik di negeri Perak akhir-akhir ini. Apa kah DYMM Sultan Perak telah membuat keputusan yang tepat dan adil? PakZaid saperti lazim nya membincangkan perkara ini tanpa emosi tetapi dengan mengutarakan pendapat ilmiah berasaskan rujukan undang-undang yang sememang nya bidang kerjaya pakZaid. Sama ada pakZaid betul atau salah itu perkara lain, yang penting nya kalau anda berlain-pendapat sila tulis dan terbitkan buku anda. Itu cara yang ilmiah dan tertib. Bukan mengutuk, memekik dan menjerit macam orang kena rasuk.

Bahagian kedua buku itu semacam riwayat-hidup (autobiography) PakZaid sendiri. Kisah zaman kecil pakZaid membesar di dalam keluarga miskin di Kelantan, pencapaian nya di sekolah rendah, menengah dan di ITM, kemudian bekerja menjual 'tape 3M' di Pulau Pinang sebelum mendapat pinjaman MARA untuk mengikuti pengajian Bar di Inner Temple di England, semua nya terkisah dengan terperinci di dalam buku ini. Sedih juga pakdokter bila membaca bab riwayat hidup pakZaid ini. Pakdokter sangka sebagai anak Melayu yang cerdik semua kemudahan senang di dapati nya. Rupa-rupa nya 'indah kabar dari rupa'. Pakdokter percaya ramai professional-professional Melayu yang walaupun sudah berjaya hari ini bolih memahami apa yang terpaksa di lalui pakZaid untuk sampai ke tahap yang dia capai hari ini.

Bab ketiga buku ini membincangkan perkara-perkara politik. PakZaid memberi penjelasan kenapa dia membuat keputusan untuk meminta maaf kapada Tun Salleh Abas dan hakim-hakim yang lain lansung memberi mereka sagu hati yang banyak di pertikaikan olih ramai orang. PakZaid juga membahaskan tentang ketidaksetujuan nya dengan cara politik Mahathir mentadbir negara walaupun pakZaid mengiktiraf pencapaian ekonomi yang di bawakan olih Mahathir. Akhir nya pakZaid memberi rumusan tentang watak-watak politik yang di hormati nya.

Buku 'SAYA PUN MELAYU....' pakdokter lihat merupakan gelanggang di mana pakZaid membuat jawapan-balik ('rebuttal') terhadap macam-macam cemuhan yang di buat olih pelbagai pihak ( terutama nya ahli politik UMNO) terhadap nya. Sebenar nya amat seronok membaca jawapan-balik pakZaid ini. Tetapi pakdokter juga ingin mengatakan di sini bahawa buku ini bukan lah buku politk murahan. Banyak yang bolih di pelajari dalam buku ini kerana pakZaid menguatkan hujah-hujah nya dengan fakta-fakta ilmiah.

Apa yang juga menarik buat pakdokter ia lah keupayaan pakZaid menulis dalam bahasa Melayu yang mudah dan jelas, malah mirip macam tulisan pakMahathir. Tidak ada hendak menunjuk-pandai dengan perkataan-perkataan rekaaan-baru yang entah apa makna nya ( macam Anwar Ibrahim) dengan konsep-konsep yang memeningkan. Plain, simple and clear....maaf ya..tiba-tiba termasuk ungkapan Inggeris ini pula...

2 comments:

boy from dungun said...

Pak,
Waduh Pak, hebat komentar nya di laman bapak! Realitinya bapak masih bisa berbahasa ibunda lagi pak, ya? Saya kira win & bir telah merubah segala. Jelas sangkaan saya tipis.
Tapi ini Bahasa Melayu zaman dulu kala, begitu Pak?. Nahu nya macam tahun 70an, tapi ada juga mirip Indon - Jakarta. Nasib baik yang Jawa nya sedikit ketinggalan, mungkin telah di gantian dengan Inggeris, ya Pak ya?
Saya Pun Melayu, pak, tapi dari seberang!
Kapan ka Surabaya lagi, pak?

pakdokter said...

Anak pakdokter pun berpendapat yang bahasa Melayu pakdokter ini sudah 'kuno'. Kata nya lagi banyak ejaan yang salah. Apa boleh buat..sudah lama tidak membaca, menulis atau bertutur bahasa Melayu. Tetapi yang penting asalkan maksud yang mahu di terampilkan di fahami pembaca, maka pakdokter pasti senang hati..