Tuesday, July 21, 2009

Staroba Jakarta Open 2009 (II) : Gempar! di Kamar 401...

Pagi Sabtu, tanggal 18 Juli 2009, pakdokter dikejutkan deringan telpon kamar kurang lebih jam 3 pagi, dan suara pakRoslan secara apologis meminta pakdokter cepat turun ke kamar 401 bagi menangani satu 'insiden emergensi medikal' yang melibatkan pakRais Mansor, seorang pakgolof Staroba yang juga rakan lama pakdokter sejak sudah belajar-belajar main golof ini.
Kamar yang agak sedikit gelap itu terasa 'keras' bila pakdokter mampir masuk kedalamnya. Di ranjang 'king-size' terdampar pakRais dalam keadaan 'cemas', pernafasan yang pendek dan laju dan paras-rupa yang agak pucat! Oleh kerana pernafasan yang berbentuk 'hyperventilasi' itu, jari-jari pakRais sudah menjadi kebas dan mula kejang (cramps). Dalam bahasa medikal keadaan ini di panggil 'tetany' dan cara mengatasinya ialah dengan bernafas kedalam beg kertas supaya bisa dipulihkan keadaan tidak-seimbang O2/CO2 dari proses pernafasan yang tidak betul itu.
Di kanan ranjang, pakRoslan yang juga kelihatan sedikit 'panik' bernafas sedikit lega apabila pakdokter muncul di situ. Di kiri ranjang, seorang pria 'lokal' berpakaian kemeja berlogo Le Meridien juga kelihatan sedikit bingung tentang apa lagi yang mahu di bikin untuk membantu 'subjek' yang terdampar di atas ranjang 'king-size' dan di balut dengan 'blanket' yang tebal dan selesa.
PakRais beritahu pakdokter bahawa perutnya sakit teramat sangat dan memulas-mulas setelah pulang dari 'bankuasi' Raja Laut SeaFood Restaurant tadi malam dan telah muntah-muntah beberapa kali sehingga waktu itu. Dan yang paling di geruni pakRais, dia sudah mula rasa lemah, tidak bisa bernafas dengan senang dan ada kala bagai mahu 'black-out'.
Dari cerita itu pakdokter terus bikin 'diagnosa awal' bahawa ini cuma satu kes 'keracunan makan'.
Pria yang berkemeja berlogo hotel itu rupanya adalah 'paramedik' hotel yang bertugas malam itu. PakRais telah diberi oleh paramedik itu 2 biji obat "Omeprazole" yang biasanya di gunapakai dalam keadaan 'gastrik akut' tetapi pakRais telah terus muntah termasuk 2 biji ubat yang di telannya. Lalu di beri semula 2 biji lagi ubat yang sama yang sehingga waktu itu masih lagi bertahan didalam perut pakRais.
Paramedik muda ini sudah bersedia mahu memberi pakRais 'injeksi' Ranitidine bagi mengurangkan derita pakRais itu. Pakdokter memberi isyarat supaya 'tunggu dulu' dan terus bikin pemeriksaan fizikal terlebih dahulu. Paramedik hotel di arah turun mengambil 'stethoscope' supaya pakdokter bisa dengar apa bunyi-nya dalam perut, dada dan 'kepala' pakRais....
Pakdokter menasihati pakRais supaya bertenang dan memberi tahu paramedik itu bahawa 'injeksi' Ranitidine itu tidak perlu kerana kesannya sama saperti yang dibikin oleh tablet Omeprazole tadi. Malah sekiranya ini 'kes keracunan makanan' proses muntah-muntah itu sendiri akan mengurangkan 'keracunan' itu. Yang penting pakRais mesti diberi minum untuk ganti 'fluid' yang hilang dari tubuhnya akibat muntah-muntah itu. Lansung paramedik itu turun ke kantor beliau dan membawa datang 3 bungkus ORS ( Oral Rehydration Salt) kerana didalam peti-sejuk dikamar hotel itu tidak kedapatan sebarang jenis minuman isotonik.
Kehadiran pakdokter dan sedikit penerangan dan assuransi yang problem itu tidak serius telah bikin pakRais menjadi tenang. Setelah muntah sedikit-sedikit beberapa kali lagi, perutnya makin selesa lalu pakRoslan terus minta diri mahu coba tidor sedikit sebelum berjuang lagi di lapangan golof esok hari.
Bila bersendirian dengan pakRais, pakdokter berpeluang mengajukan soalan-soalan yang agak susah mahu ditanya semasa kehadiran pakRoslan dan paramedik tadi. Pakdokter mengesyaki ada sesuatu yang di bohongi pakRais dan tidak diberi tahu pakdokter secara benar.
Lansung pakdokter guna-pakai teknik interogasi psikiatri yang juga digunapakai oleh pasukan MI-5, CIA terutamanya di Guantanamo Bay dan akhir-akhir ini oleh MACC di Malaysia. pakRais yang biasa berwatak 'terror' di lapangan golof sebenarnya tidak sebegitu 'terror' saperti yang di aksikannya. Semuanya terbongkar dalam masa 10 minit sahaja!
Pakdokter terus beritahu pakRais bahawa pakdokter sebenarnya tidak percaya problem pakRais itu disebabkan oleh 'keracunan makanan' kerana bila pakdokter mengguna stethoscope untuk mendengar perut pakRais tadi, pakdokter terkejut kerana terdengar bunyi halus tangisan seorang bayi. Pakdokter mendesak pakRais supaya berterus terang jikalau mahu hidup....!
Dalam keadaan terketar-ketar, pakRais lansung memberi jawaban yang mula-mulanya tidak masuk akal. Kata pakRais dia sudah 90 hari tidak 'kedatangan bulan'?
'Tidak datang bulan? Kamu kan lelaki pakRais.....?'
Dalam tersipu-sipu pakRais memberi tahu bahawa sebenarnya semasa dilahirkan beliau adalah seorang bayi perempuan yang diberi nama Rosmah bte Mansor. Entah bagaimana dari kecil lagi Rosmah ini sangat berminat bermain golof. Bila dia sudah besar sedikit dan boleh berfikir lebih, dia sedar apalah masa depan beliau sebagai Rosmah yang amat berminat dengan golof ini. Lebih-lebih mungkin dia akan menjadi seorang 'caddy 'yang popular sahaja....
Lalu dengan ongkos yang di tabungnya dan dengan sedikit pinjaman dari 'Ah Long' beliau telah berbelanja untuk khidmat seorang pakdokter spesialitas bedah rekonstruktif dan plastik. Setelah di buang sedikit disana sedikit disini dan ditambah sedikit disana dan disini disamping dengan beberapa pil hormon untuk dimakan jangka-panjang, maka timbullah Rosmah dengan identitas baru yang bernama pakRais Mansor ini.
Barulah pakdokter boleh terima jawapan pakRais tentang ketidak-datangan haid selama 90 hari itu. Rekonstruksi identitas itu cuma luaran sahaja, struktur internal masih 'original'. Jadi muntah-muntah pakRais ini adalah kerana 'kehamilan'.....bukan nya keracunan.....
Hmmmm.....
pertamanya sekarang bisa pakdokter faham kenapa acap-kali Klub Golof Staroba menjelajah ke 'overseas golf tour', pakRais sentiasa saja bikin booking 'single room'! Syak wasangka pakdokter yang bukan-bukan sebelum ini memangnya tidak tepat....
tetapi keduanya.....sekiranya pakRais@Rosmah Mansor ini kini hamil.....siapa bapa bayi ini...???
Apakah harus dilakukan ujian DNA terhadap semua pakgolof yang 'travel' bersama pakRais 3 bulan dahulu.............
Cerita ini belum lagi habis......
Bapa kapada pakRais@Rosmah ini amat kecewa dengan tindakan itu. Orang tua pakRais memangnya amat kepingin seorang putri kerana lain-lain anak mereka lelaki belaka. Lansung bapa pakRais kahwin sekali lagi dan dengan izin Tuhan dikurniakan seorang putri yang lansung diberi nama Rosmah binti Mansor juga. Jadi pakRais ini sekarang mempunyai seorang adik-tiri yang bernama agak 'glamour' inilah.........




pakRais@Rosmah Mansor di kanan foto bersama pakAli Ariffin....


pakRais dua dari kiri.....



eh eh...pakAli (di-tengah) nampaknya selalu rapat dengan pakRais (kedua dari kanan).....





1 comment:

tourdirector said...

Suggest Pak Ali takes the DNA test.